Cari @ Amanz

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, hari ini pihak BlackBerry Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, BlackBerry Z30 yang mana diperkenalkan buat pertama kali secara rasmi di dunia. Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang dipilih untuk pelancaran telefon pintar terbaru ini.

BlackBerry Z30

BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya.

BlackBerry juga turut sama menambah baik BBM Video dengan sokongan baru dipanggil Natural Sound, membolehkan pengguna menikmati kualiti audio yang lebih baik berbanding panggilan telefon dan sebagainya.

Pelancaran BlackBerry Z30 di Malaysia memperlihatkan kita merupakan negara yang utama untuk pihak BlackBerry. Menurut pihak BlackBerry, di Malaysia, ia memperlihatkan peningkatan sehingga 300% beberapa tahun yang lepas, menjadikan pelancaran BlackBerry Z30 di Malaysia.

Peranti ini dijangka akan dijual bermula bulan Oktober kelak di Malaysia. Di Malaysia ia akan dijual pada harga RM1998.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd