Kemaskini BlackBerry 10.2 Akan Hadir Ke Z10 Dan Q10 Pada Pertengahan Oktober

Kemaskini BlackBerry 10.2 Akan Hadir Ke Z10 Dan Q10 Pada Pertengahan Oktober

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman peranti baru BlackBerry, iaitu BlackBerry Z30, pihak BlackBerry turut sama berkongsi akan mengenai sistem operasi mereka, BlackBerry 10.2 yang akan diperkenalkan kepada Z10 dan Q10 menjelang pertengahan Oktober kelak.

BlackBerry 10.2 membolehkan pengguna untuk melihat preview notifikasi pada lockscreen, selain mana turut sama memperlihatkan notifikasi daripada BBM apabila pengguna sedang menggunakan aplikasi lain, terutamanya ketika memainkan game atau menonton video.

Bahagian BlackBerry Hub juga turut sama ditambah baik dengan kebolehan Priority Hub, memperlihatkan mesej-mesej utama – bergantung kepada penggunaan. Secara kasarnya, ia berfungsi seumpama GMail Priority Inbox, tetapi turut sama menyertakan sokongan dari laman sosial dan pelbagai alamat emel.

Kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat bermula pertengahan Oktober, dan dikatakan bergantung kepada syarikat telekomunikasi.


TIPS & ULASAN