Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan BlackBerry Z30, pihak BlackBerry Malaysia turut sama berkongsi mengatakan peranti berkenaan akan ditawarkan di Malaysia pada minggu pertama Oktober, dan akan melalui tempoh eksklusif selama 14 hari bersama pihak Celcom.

BlackBerry Z30

BlackBerry Z30

Menariknya, bagi 200 pengguna pertama yang membelinya, mereka akan mendapat BlackBerry Z10 secara percuma, selain mana turut menerima tiket percuma untuk konsert Alicia Keys.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM1998, dan mungkin akan ditawarkan pada harga lebih rendah bersama-sama pakej Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd