Cari @ Amanz

Dengan pengumuman konsol terbaru Sony, iaitu PlayStation 4, semestinya ramai yang menantikan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Kini, pihak SCE telah pun mengumumkan yang mana ia akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember 2013 ini.

PlayStation 4

Bersama-sama Malaysia, negara lain yang akan turut menerimanya adalah jiran kita, Singapura.

PlayStation 4 merupakan konsol terbaru daripada pihak Sony, menyertakan beberapa penambahan dan pembaharuan spesifikasi, termasuk kebolehan Remote Play menggunakan PS VitaTV, disamping menyertakan alat kawalan baru bersama-sama dengannya.

Antara permainan yang akan dilancarkan bersama-sama konsol PlayStation 4 adalah termasuk Watch Dogs, Dynasty Warriors 8 Extreme Legends, MineCraft, Assasin’s Creed VI Black Flag, Drive Club, Kill Zone: Shadow Fall Knack, Need for Speed Rivals, dan juga Battlefield 4.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd