PSVitaTV Akan Di Pasaran Asia Bermula Pertengahan Januari 2014

PSVitaTV Akan Di Pasaran Asia Bermula Pertengahan Januari 2014

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Sejak PlayStation Vita TV diperkenalkan beberapa minggu lepas, ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia. Berkongsi hari ini, pihak Sony mengatakan ia akan ditawarkan bermula pertengahan Januari 2014 kelak.

PSVita TV berfungsi sebagai sebuah set top-box untuk televisyen, membolehkan pengguna memainkan permainan PlayStation Vita, disamping mana turut mengikuti pelbagai kandungan berbentuk video dan multimedia terus pada televisyen.

PS Vita TV juga turut sama menyokong Remote Play daripada PlayStation 4.

Harga dan tarikh pelancaran rasmi untuk Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN