Cari @ Amanz

Selain daripada DiGi dan Celcom, kini pihak UMobile turut sama mengemaskini halaman web rasmi mereka, dan pada masa yang sama memulakan pendaftaran minat untuk Samsung Galaxy Note 3.

UMobile - Galaxy Note 3

Samsung Galaxy Note 3 bakal dilancarkan di Malaysia pada hari Jumaat ini, dimana ia berharga RM2399 untuk pasaran tempatan.

Galaxy Note 3 membawakan sokongan LTE, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, skrin bersaiz 5.7-inci, memori 3GB RAM, dan kamera 13-megapixel.

Buat masa ini, pihak UMobile tidak memperlihatkan harga pakej mereka. Tetapi, bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan minat, dan pihak UMobile akan menghubungi anda pada 25 September ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd