Bersama-sama dengan pengenalan BlackBerry Z30, pihak Blackberry turut sama berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan aplikasi Flipboard untuk pengguna BlackBerry 10 tidak lama lagi.
Perkara ini juga turut sama dikukuhkan dengan penerbitan video BlackBerry Z30, yang mana memperlihatkan logo Flipboard pada BlackBerry World.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah aplikasi berkenaan akan dilancarkan untuk pengguna BlackBerry 10.