Cari @ Amanz

Hari ini, pihak NVIDIA secara rasminya memperkenalkan tablet mereka yang diperkatakan ramai sebelum ini, dinamakan sebagai Tegra Note.

NVIDIA Tegra Note

NVIDIA Tegra Note dilengkapi dengan cip pemprosesan Tegra 4, skrin bersaiz 7-inci, sokongan stylus melalui teknologi NVIDIA DirectStylus, sokongan audio NVIDIA PureAudio, kamera 5-megapixel dan didatangkan dengan beberapa sokongan lain, termasuk TegraZone untuk mereka yang gemarkan permainan video.

Tegra Note ini dijana menggunakan sistem operasi Android terkini, dan menurut NVIDIA mereka akan memperkenalkan kemaskini OTA terus daripada mereka. Ia didatangkan dengan kapasiti 16GB dan pengguna boleh menambah ruangan sehingga 32GB melalui penggunaan mikro-SD.

NVIDIA mengatakan Tegra Note akan ditawarkan ke pasaran seluruh dunia, termasuk Asia Pasifik dalam beberapa bulan lagi. NVIDIA mengatakan harga Tegra Note adalah $199, tetapi ia mungkin berbeza mengikut negara yang ditawarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd