Cari @ Amanz

iOS 7Hari ini, pihak Apple telah pun mula memperkenalkan kemaskini iOS 7 kepada pengguna peranti iPhone, iPad dan juga iPod Touch, sekaligus menyertakan antaramuka baru bersama-sama dengannya.

iOS 7 membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan Command Center, kebolehan multi-tasking baru, kemaskini pada antaramuka aplikasi, sokongan AirDrop dan beberapa yang lain.

iOS 7 boleh dimuat-turun oleh semua pengguna yang menggunakan iPhone 4, iPhone 4S, iPhone 5, iPad 2, iPad 3, iPad 4, iPad Mini, dan juga iPod Touch 5. Pengguna yang menggunakan peranti ini boleh melakukan kemaskini terus melalui sokongan OTA, ataupun dengan menghubungkan peranti ke iTunes. Pastikan anda membuat salinan pendua data peribadi anda sebelum memulakan proses kemaskini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd