BBM Untuk Android Dan iOS Akan Sedia Untuk Dimuat-Turun Pada Penghujung Minggu Ini

BBM Untuk Android Dan iOS Akan Sedia Untuk Dimuat-Turun Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2013 oleh .

BBM For AllSetelah dinantikan ramai, hari ini pihak BlackBerry mengesahkan yang mana BlackBerry Messenger untuk Android dan iOS akan ditawarkan bermula penghujung minggu ini untuk pengguna Android dan juga iPhone.

Mengikut jadual pihak BlackBerry, versi Android akan diperkenalkan pada 21 September ini, diikuti dengan versi iPhone pada 22 September.

Untuk makluman, BlackBerry Messenger ataupun lebih dikenali dengan nama BBM ini sebelum ini eksklusif untuk pengguna BlackBerry, membolehkan mereka menghantar dan menerima mesej, disamping menyokong perbualan berkumpulan dan sebagainya.

Untuk versi Android dan iPhone, BBM akan menyokong chat, kebolehan berkongsi fail media, kebolehan membuat Group Chat sehingga 30 orang, dan disediakan dengan PIN unik untuk setiap pengguna.

BBM untuk Android akan menyokong Android 4.0 dan terkini, sementara untuk iPhone pula, ia akan menyokong iOS 6 dan terkini.

Pihak BlackBerry juga turut mengatakan yang mana fungsi BBM Video dan juga BBM Voice akan hadir untuk pengguna Android dan iOS selepas ini.


TIPS & ULASAN