Aplikasi Facebook Dan Twitter Untuk iOS Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Aplikasi Facebook Dan Twitter Untuk iOS Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Sep 19, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan iOS 7 kepada umum, pelbagai aplikasi telah menerima kemaskini membawakan rekabentuk antaramuka yang selari dengan iOS 7, termasuk antaranya adalah Twitter dan juga Facebook.

Untuk Facebook, selain kemaskini antaramuka, kini ia membawakan sebuah menu khas pada bahagian bawah, memudahkan pengguna untuk mengakses beberapa fungsi utama pada aplikasi berkenaan. Pengguna juga turut sama boleh melihat pilihan seperti Groups dan Events dengan memilih “More” pada menu berkenaan.

Facebook iOS

Muat-turun Facebook untuk iOS

Selain Facebook, satu lagi aplikasi sosial, iaitu Twitter juga turut menerima kemaskini, membawakan beberapa perubahan pada aplikasi mereka, yang mana selari dengan perubahan pada iOS 7.

Twitter iOS7

Muat-Turun Twitter untuk iOS

Pelbagai aplikasi lain turut menerima kemaskini, termasuk antaranya adalah Flipboard, dan juga Chrome.


TIPS & ULASAN