Cari @ Amanz

HTC Hadir Dengan Tawaran Tukar Ganti One X Kepada HTC One Pada Harga RM999

Oleh Aman

Link Copied!

HTC Malaysia hari ini berkongsi mengenai HTC Day Trade-In Promotion, menawarkan kebolehan untuk para pengguna peranti HTC One X untuk menaik taraf kepada HTC One dengan hanya menambah RM999.

Namun, untuk layak kepada promosi ini, pengguna HTC One X perlulah memiliki peranti yang sah daripada SIS Distribution atau Brightstar Malaysia, selain mana tiada sebarang kerosakkan pada peranti berkenaan.

Dengan menukar ganti kepada HTC One, pengguna diperlukan untuk menambah sebanyak RM999, sebelum mendapat HTC One dengan ruangan storan sebesar 32GB.

Tawaran ini hanya sah untuk sehari, dan memerlukan penguna ke HTC Concept Kiosk di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

HTC Day


Komen ()