Cari @ Amanz

Hari ini, Hewlett-Packard telah pun memperkenalkan beberapa peranti baru, dan salah satunya adalah komputer riba HP Envy 17. Uniknya mengenai komputer riba ini adalah di didatangkan dengan integrasi Leap Motion.

Melalui Leap Motion, ia membolehkan pengguna untuk mengawal komputer riba menggunakan gerakan tangan, seumpama yang pernah diperlihatkan dalam beberapa filem futuristik.

HP Envy 17 Leap Motion

Ia dikatakan, sokongan ini akan hadir sebagai tambahan dan menawarkan cara interaksi baru kepada para pengguna.

HP Envy 17 Leap Motion SE ini bakal ditawarkan pada harga $1050 di Amerika Syarikat, dan masih tidak diketahui lagi bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd