Flipboard Diterbitkan Di BlackBerry World – Terhad Untuk Peranti BlackBerry 10.2 Terpilih

Flipboard Diterbitkan Di BlackBerry World – Terhad Untuk Peranti BlackBerry 10.2 Terpilih

Diterbitkan pada Sep 20, 2013 oleh .

Hari ini, pihak Flipboard telah pun menerbitkan aplikasi mereka pada BlackBerry World, sekaligus mula menawarkan aplikasi berkenaan secara rasmi untuk para pengguna Blackberry.

Flipboard BlackBerry 10

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia hanya terhad kepada pengguna dengan peranti BlackBerry 10.2, iaitu sistem operasi yang didatangkan pada BlackBerry Z30 kelmarin.

Pihak BlackBerry sedia berkongsi mengatakan BlackBerry 10.2 akan hadir ke Z10 dan juga Q10 menjelang pertengahan Oktober kelak.

Menurut pihak Flipboard, aplikasi ini akan ditawarkan kepada peranti terpilih sahaja, dimana berkemungkinan untuk peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, seperti Z30 dan juga Z10 terlebih dahulu.

Muat-Turun Flipboard untuk BlackBerry 10.2


TIPS & ULASAN