Ubuntu Touch Dijangka Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

Ubuntu Touch Dijangka Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

Diterbitkan pada Sep 20, 2013 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Ubuntu, mungkin sedia maklum yang mana mereka turut sama membangunkan platform untuk tablet dan juga telefon pintar, dinamakan sebagai Ubuntu Touch.

Mengikut perbincangan terbaru pihak pembangun pada mailing list, ia kelihatan yang mana Ubuntu Touch 1.0 akan hadir pada tarikh pelancaran sama Ubuntu Linux 13.10.

Buat masa ini, versi pembangunan Ubuntu Touch boleh diuji pada Galaxy Nexus, Nexus 4, Nexus 7 dan juga Nexus 10. Melalui Ubuntu Touch, ia membawakan antaramuka yang selari dengan sistem operasi Ubuntu, disamping menggunakan kawalan gesture untuknya.


TIPS & ULASAN