Lanjutan daripada pengenalan peranti pertama daripada Jolla yang berasaskan kepada Sailfish OS, hari ini, Jolla turut sama menerbitkan spesifikasi penuh untuknya, dan berkongsi ia akan mula dihantar kepada mereka yang membuat tempahan, bermula penghujung tahun ini.
Telefon pintar Jolla yang pertama ini akan dilengkapi dengan Sailfish OS berasaskan kepada gesture, selain mana turut serasi dengan ekosistem Android dan menyokong aplikasi Android pada peranti berkenaan.
Dari segi spesifikasi, ia akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 1.4GHz dwi-teras, skrin bersaiz 4.5-inci qHD, kamera 8-megapixel AF pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia turut dilengkapi memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan 16GB (dengan sokongan mikro SD).
Walaupun pada spesifikasinya, ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Bagi mereka yang telah membuat tempahan awal untuk telefon pintar ini, ia dijangka akan mula dihantar pada penghujung tahun 2013 ini.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan telefon pintar Sailfish OS ini?