Cari @ Amanz

Google Kini Menawarkan Aplikasi QuickOffice Secara Percuma Untuk Android Dan iOS

Oleh Aman

Link Copied!

QuickOfficeQuickOffice merupakan salah satu aplikasi pengurusan dan penyuntingan dokumen pada peranti mudah-alih yang telah dibeli oleh Google sebelum ini. Kini, Google hadir dengan sebuah kejutan, apabila mengumumkan aplikasi QuickOffice kini ditawarkan percuma untuk semua pengguna Android dan iOS.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh melakukan penyuntingan dokumen Microsoft Office dengan mudah pada peranti mudah-alih mereka, disamping mana ia juga turut diintegrasikan dengan Google Drive.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memuat-turun dan log masuk menggunakan akaun Google. Menariknya, bersempena dengan pengenalan ini, untuk mereka yang memuat-turun dan log masuk menggunakan akaun Google dari hari ini sehingga 26 September kelak, mereka akan menerima ruangan percuma tambahan sebanyak 10GB pada akaun Google Drive.

Jadi, bagi mereka yang banyak berurusan dengan dokumen pada peranti mudah-alih, mungkin anda boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi percuma ini.


Komen ()