Cari @ Amanz

Google hari ini turut sama mengumumkan kemaskini kepada laman carian utama mereka, dimana kini bahagian Google Bar dikemaskini dan dipaparkan dalam bentuk grid, lebih kurang menyerupai pada Android dan Chromebook.

Google Baru

Melaluinya, ia akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang selari pada pelbagai jenis produk dan juga peranti.

Bersama-sama dengannya, pihak Google turut mengumumkan kemaskini pada logo rasmi mereka, dimana memperlihatkan perbezaan kecil dari segi pemilihan warna.

Google Logo

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd