Samsung Malaysia hari ini telah pun secara rasminya memperkenalkan phablet terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Galaxy Note 3.
Galaxy Note 3 membawakan beberapa fungsi baru, terutamanya memfokuskan kepada sokongan penggunaan S-Pen. Ia dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED HD, dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, dan dilengkapi kamera 13-megapixel. Ia turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk ScrapBook dan juga MyMagazine.
Untuk pasaran Malaysia, pihak Samsung dilihat turut sama melengkapkan Galaxy Note 3 dengan pelbagai pilihan kandungan, membolehkan mereka mengikuti dan menikmatinya melalui telefon pintar ini.
Di Malaysia, Galaxy Note 3 akan ditawarkan pada harga RM2399, dan ditawarkan dengan sokongan rangkaian LTE. Tiada perancangan untuk peranti versi 3G untuk pasaran Malaysia buat masa ini. Pengguna tempatan boleh mendapatkan Galaxy Note 3 bermula 25 September di Malaysia.