Bersama-sama dengan pengenalan Galaxy Note 3, salah satu perkara yang turut dikongsikan dan diperkenalkan untuk pengguna tempatan adalah Galaxy Lifestyle Rewards.
Melalui program baru ini, pihak Samsung menawarkan pelbagai jenis kandungan bernilai sehingga RM1500 secara percuma untuk para pengguna.
Antara perkara yang ditawarkan adalah termasuk:
- Customer Care – bantuan perkhidmatan awam daripada Samsung.
- TM WiFi – akses 90 hari percuma di mana-mana hotspot TM seluruh negara.
- Dropbox – ruangan percuma sebanyak 50GB selama 2 tahun
- Samsung Galaxy Music – akses percuma ke lebih 500 buah lagu selama 6 bulan.
- MPHOnline – beberapa buku digital percuma, dan diskaun 20% untuk pembelian melalui MPHOnline sehingga 31 Disember 2014.
- …dan beberapa yang lain, termasuk dari The Star, Viki, NewsLoop, Evernote, Office Suite Pro dan sebagainya.