Samsung Galaxy Gear Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung Galaxy Gear Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 20, 2013 oleh .

Melengkapkan pengenalan Galaxy Note 3 di Malaysia, pihak Samsung turut sama melancarkan jam tangan pintar mereka yang pertama berasaskan kepada Android, iaitu Samsung Galaxy Gear.

Galaxy Gear Malaysia

Galaxy Gear Malaysia

Galaxy Gear Malaysia

Galaxy Gear membawakan sokongan lebih 70 aplikasi yang dioptimasikan untuk jam tangan pintar tersebut, dan turut didatangkan bersama-sama kamera 1.9-megapixel. Dari segi skrin, ia menyertakan skrin bersaiz 1.63-inci dan dilengkapi cip pemprosesan 800MHz.

Buat masa ini, jam tangan pintar ini hanya menyokong peranti berasaskan Android 4.3 daripada Samsung, dan dijangka akan diperluaskan ke peranti lain pada masa akan datang.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Gear ditawarkan pada harga RM999.


TIPS & ULASAN