Selain daripada permainan versi percuma yang ditawarkan oleh Animonsta kepada pengguna Android dan iOS, kini kelihatan mereka turut sama menambah sebuah permainan baru dinamakan sebagai AduDu Attacks.
Permainan ini membawakan permainan berbentuk tembak-menembah, dan menyertakan lebih 15 tahap berbeza bersama-sama dengannya. Ia dilihat yang mana permainan ini dibangunkan oleh syarikat yang dinamakan sebagai 8elements, dan hadir dengan kerjasama pihak Animonsta.
Bagi pengguna yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini untuk peranti Android pada harga $0.90 di Google Play Store.
- Muat Turun
- Muat-Turun BoBoiBoy : AduDu Attacks untuk Android