Apple Kini Membolehkan Pembangun iOS Menghalang Aplikasi Versi Lama Dimuat-Turun

Apple Kini Membolehkan Pembangun iOS Menghalang Aplikasi Versi Lama Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 20, 2013 oleh .

Beberapa hari yang lepas, pihak Apple telah membawakan perubahan pada AppStore, membolehkan peranti iOS yang tidak disokong masih boleh memuat-turun aplikasi, tetapi dalam versi aplikasi yang lama.

Perkara ini membuatkan ramai yang memperdebat mengenainya, terutamanya apabila berlaku perubahan pada bentuk API yang digunakan, dan beberapa perkara lain berkenaan sesuatu aplikasi.

Kini, nampaknya pihak Apple turut sama mengemaskini halaman untuk pembangun, membolehkan mereka mengawal aplikasi mereka, disamping menghalang versi aplikasi lama untuk dimuat-turun.

Untuk melakukan perubahannya, pembangun boleh ke halaman iTunes Connect, dan mengawal aplikasi yang diterbitkan melalui halaman tersebut.


TIPS & ULASAN