Cari @ Amanz

Pada pengenalan iPhone 5S, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan dengan cip pemprosesan 64-bit yang digunakan, dikenali sebagai A7. Kini, melalui iFixit dan Chipworks, ia disahkan yang mana komponen tersebut telah dikeluarkan oleh Samsung.

Apple A7

Sebelum ini, beberapa ura-ura sedia mengatakan ia akan dikeluarkan oleh TSMC. Walaupun mungkin untuk cip akan datang ia akan dikeluarkan oleh TSMC, namun, untuk Apple A7, ia masih kekal dikeluarkan oleh Samsung.

Selain M7, pihak Chipworks turut sama berkongsi mengenai cip M7 yang didatangkan sebagai pemproses khas untuk gerakan, dimana ia diketahui dikeluarkan oleh NXP.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd