Grand Theft Auto V merupakan salah satu permainan video yang dinantikan ramai peminat seluruh dunia, dan kini melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbitnya, Take-Two Interactive, jualan permainan berkenaan disasarkan mencapai $1 bilion dalam tiga hari pertama ia dijual.
Sebelum ini, pada 24 jam pertama, ia sedia dikatakan yang mana jualannya telah mencapai $800 juta.
Permainan Grand Theft Auto 5 membawakan lebih kawalan pada permainan dunia terbuka tersebut, disamping menawarkan peta yang lebih luas dengan kebolehan untuk mengawal pelbagai perkara melaluinya.
Di Malaysia, permainan Grand Theft Auto 5 dijual pada harga sekitar RM155 untuk versi biasa.