Valve Bakal Hadir Dengan Beberapa Pengumuman Pada Minggu Hadapan

Valve Bakal Hadir Dengan Beberapa Pengumuman Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 21, 2013 oleh .

Pada minggu hadapan, ia kelihatan pihak Valve akan hadir dengan beberapa pengumuman menarik. Melalui halaman countdown mereka, ia memberikan idea yang mana pihak Valve bakal memperkenalkan tiga perkara baru dalam masa terdekat ini.

Valve LivingRoom

Untuk pengumuman perkara, ia memperlihatkan masa lebih kurang 60 jam lagi, sekaligus membuatkan pengumuman tersebut mungkin akan hadir sekitar awal hari Selasa kelak.

Salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah Steam Box, yang mana akan menjalankan Linux dan membolehkan pengguna memainkan permainan dengan terus menghubungkan ia kepada televisyen.

Jadi, selain daripada Steam Box, apakah lagi pengumuman menarik daripada pihak Valve yang akan hadir?


TIPS & ULASAN