Carian
BlackBerry Akan Memfokuskan Kepada Pengguna Perusahaan
September 21, 2013 Aman

Pihak BlackBerry hari ini hadir dengan pengumuman yang agak mengejutkan, dimana mereka menjangkakan kerugian kos operasi hampir $1 bilion, sekaligus mengumumkan 4,500 pekerja akan dihentikan.

Perkara ini hadir daripada pihak BlackBerry, sebelum pengumuman berkaitan dengan laporan kewangan suku kedua tahun fiskal 2014 diumumkan.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak BlackBerry turut berkongsi beberapa perkara lain, termasuk mengatakan mereka akan memfokuskan kepada pasaran enterprise dan juga prosumer.

Mereka juga turut mengumumkan yang mana selepas ini mereka akan hanya memfokuskan kepada empat peranti, iaitu 2 peranti high-end, dan 2 lagi entry-level.

Pengumuman ini hadir daripada pihak BlackBerry, selepas memperkenalkan BlackBerry Z30 beberapa hari lepas, dan bakal hadir dengan BBM untuk Android dan iOS pada penghujung minggu ini.

Komen