Seperti dinantikan, pihak BlackBerry telah pun menerbitkan BlackBerry Messenger untuk IOS hari ini, membolehkan pengguna iOS menggunakan aplikasi permesejan tersebut.
Dari segi antaramuka, ia membawakan rekaan yang menyerupai pada BlackBerry 10, sekaligus membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain, menghantar dan menerima fail media, termasuk membuat permesejan kumpulan dengan sokongan sehingga 30 orang.
Buat masa ini, ia masih terhad kepada pengguna New Zealand, dan mungkin kita akan dapat lihat ia diterbitkan untuk pengguna tempatan dalam masa beberapa jam lagi.
- Muat-Turun BBM di AppStore