Tablet Nokia Dikatakan Akan Dikenali Dengan Nama “Lumia 2520”

Tablet Nokia Dikatakan Akan Dikenali Dengan Nama “Lumia 2520”

Diterbitkan pada Sep 21, 2013 oleh .

Tablet daripada Nokia dikatakan akan diperkenalkan pada bulan hadapan bersama-sama dengan phablet daripada Nokia, iaitu Lumia 1520. Terkini, menurut @evleaks, ia dikatakan tablet yang dikenali dengan nama “Sirius” itu kelak akan dilancarkan dengan nama “Lumia 2520”.

Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dijangka akan dilengkapi cip pemprosesan empat-teras serta menjalankan Windows RT pada skrin bersaiz 10.1-inci. Ia dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa variasi warna, lebih kurang seperti telefon pintar mereka.

Nokia dijangka akan memperkenalkan tablet berasaskan Windows ini, bersama-sama dengan phablet mereka yang menjalankan Windows Phone 8 GDR3.


TIPS & ULASAN