BBM Untuk iPhone Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia

BBM Untuk iPhone Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Sep 21, 2013 oleh .

Setelah diperkenalkan untuk beberapa buah negara sebelum ini, kini ia dilihat aplikasi permesejan BlackBerry Messenger turut sama telah dilancarkan untuk para pengguna Malaysia, dan boleh dimuat-turun melalui Apple AppStore.

BlackBerry Messenger iOS

Melalui BBM untuk iPhone, ia membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej menggunakan BlackBerry ID, menghantar fail media seperti gambar, video, serta membuatk Group Chat dengan sehingga 30 orang rakan pada masa yang sama.

Bagi pengguna iPhone yang menggunakan iOS 6 dan terkini, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dari Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun BBM untuk iPhone

Kemaskini : Pihak BlackBerry telah menarik kembali aplikasi mereka daripada AppStore. Pengguna yang telah memuat-turunnya boleh menggunakan ia seperti biasa.


TIPS & ULASAN