Cari @ Amanz

Huawei Ascend P6 telah mula dijual di Malaysia sejak bulan Julai yang lepas, dimana ketika pelancaran ia hanya ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih. Kini, peranti tersebut turut sama telah mula ditawarkan dalam pilihan warna merah jambu di Malaysia.

Ascend P6 merupakan peranti bersaiz 4.7-inci, dan membawakan rekaan yang amat nipis berbanding peranti keluaran mereka yang lain. Dari segi binaan, ia membawakan binaan yang menyerupai telefon pintar keluaran Apple.

Seperti peranti Huawei yang lain, ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android, dan menggunakan antaramuka khas dinamakan EmotionUI.

Di Malaysia, ia membawakan harga jualan saranan sebanyak RM1399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd