Carian
Pengasas BlackBerry Dikatakan Ingin Membida Untuk Syarikat Tersebut
September 22, 2013 Aman

Umum mungkin sedia ketahui akan berkenaan pihak BlackBerry yang sedang melihat kepada beberapa alternatif untuk syarikat mereka, termasuk mencari pembeli. Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan salah seorang pengasas BlackBerry ingin membida untuk mendapatkan syarikat tersebut.

Mike-Lazaridis

Ia dikatakan, Mike Lazaridis telah ke beberapa firma ekuiti dalam berbincang untuk membida syarikat BlackBerry, yang kelihatan menghadapi beberapa masalah akhir-akhir ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan diteruskan ataupun sebaliknya, memandangkan perbincangan masih pada peringkat awal lagi buat masa ini.

Selain Mike Lazaridis, beberapa nama lain yang turut dikaitkan dengan penjualan dan pengambil-alihan BlackBerry sebelum ini adalah termasuk Lenovo dan juga Microsoft.

Komen