BlackBerry Menangguhkan Pengenalan Aplikasi BBM Untuk Android – Menarik Kembali Aplikasi iOS

BlackBerry Menangguhkan Pengenalan Aplikasi BBM Untuk Android – Menarik Kembali Aplikasi iOS

Diterbitkan pada Sep 22, 2013 oleh .

Dalam sebuah langkah yang agak mengejutkan, kini pihak BlackBerry secara rasminya mengumumkan penangguhan untuk aplikasi BlackBerry Messenger untuk Android, disamping pada masa yang sama mereka menarik kembali aplikasi BBM untuk iPhone.

Menurut pihak BlackBerry, aplikasi Android mereka tertiris sebelum pelancaran rasmi, memperlihatkan lebih 1.1 juta pengguna aktif dalam tempoh masa 8 jam pertama. Namun, versi tidak rasmi ini dilihat membawakan beberapa masalah untuk mereka.

Perkara ini membuatkan pihak BlackBerry kini mematikan akses untuk versi Android tersebut.

Sementara untuk iPhone pula, pihak BlackBerry telah menarik kembali daripada AppStore, manakala pengguna yang telah memuat-turunnya boleh menggunakan ia seperti biasa.


TIPS & ULASAN