Paparan Skrin Aplikasi “Phone” Dan Permesejan Pada Android 4.4 Tertiris (Dikemaskini)

Paparan Skrin Aplikasi “Phone” Dan Permesejan Pada Android 4.4 Tertiris (Dikemaskini)

Diterbitkan pada Sep 22, 2013 oleh .

Dengan pengumuman nama Android 4.4 sebagai “KitKat” pada awal bulan ini, ramai yang menantikan apakah perkara baru yang akan didatangkan bersama-sama dengannya. Kini, dengan ura-ura mengatakan yang ia akan diperkenalkan pada bulan Oktober, beberapa paparan skrin baru hadir memperlihatkan perubahan pada antaramukanya.

Android KitKat

Android KitKat

Daripada beberapa paparan skrin yang dipaparkan oleh 9To5Google, ia memperlihatkan perubahan pada aplikasi permesejan dan juga pendial telefon.

Ia turut memaparkan perubahan pada warna bar status, yang mana kini sedikit lutsinar berbanding sebelumnya. Kita juga mungkin dapat melihat beberapa perubahan pada aplikasi lain diperkenalkan oleh Google melalui Android 4.4 kelak.

Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dikatakan Google mungkin memperkenalkan Android 4.4 KitKat bersama-sama telefon pintar Nexus 5 pada pertengahan Oktober ini.

Kemaskini : Pihak AndroidPolice mengatakan paparan skrin ini mungkin bukan Android 4.4.


TIPS & ULASAN