Team Titan – Nama Pasukan Baru Bekas Pemain “Orange ESports Dota 2.0”

Team Titan – Nama Pasukan Baru Bekas Pemain “Orange ESports Dota 2.0”

Diterbitkan pada Sep 22, 2013 oleh .

TitanPada awal pagi tadi, kita sedia dimaklumkan oleh pihak Orange sendiri dimana pasukan DoTA mereka telah pun meninggalkan pasukan tersebut, dan menyertai sebuah pasukan baru. Kini, ia diketahui yang mana nama pasukan baru tersebut adalah Team Titan.

Bersama-sama dengan pengumuman nama baru ini, mereka juga turut berkongsi mengatakan yang mana ahli kelima mereka adalah Ice, yang mana sebelum ini bermain pada pasukan Team Zenith.

Pada masa yang sama, kini mereka akan berpusat di Johor Bahru, dan terus menambah baik skil permainan mereka dari hari ke hari.

Team Titan ini dijangka akan memulakan perlawanan mereka dibawah nama baru pada perlawanan GEST The Challenge yang dijadualkan pada petang esok.


TIPS & ULASAN