Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 3

Spesifikasi Galaxy Note 3
Cip Empat-teras 2.3GHz (LTE)
Kamera Utama 13-megapixel, BSI
Kamera Hadapan 2-Megapixel, 1080p
Storan Terbina 32 Gigabyte (mikroSD sehingga 64GB)
RAM 3GB
Skrin 5.7-inci, Super AMOLED (~386PPI)
Bateri 3200 mAh
Lain-lain NFC, LTE, S-Pen, Infrared

Samsung Galaxy Note 3 merupakan phablet terbaru daripada pihak Samsung, dimana seperti peranti keluarga Galaxy yang lain, ia dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Android, dan didatangkan dengan sokongan stylus dinamakan S-Pen.

Galaxy Note 3 membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk peranti ini, dimana secara kasarnya boleh dikatakan serba sedikit menyerupai rekabentuk Galaxy S2 sebelum ini. Bahagian belakangnya juga turut diubah dengan rekaan seumpama kulit, berbeza dengan beberapa peranti keluaran Samsung yang lain.

Bahagian butang Home juga turut dikemaskini, dimana ia tampak lebih selesa untuk digunakan berbanding peranti Samsung yang lain.

Seperti kebanyakkan kemaskini peranti, Galaxy Note 3 membawakan beberapa perubahan baru bersama-sama dengannya. Dari segi luaran, salah satu perkara yang tampak jelas adalah penggunaan slot pengecasan berasaskan kepada USB 3.0.

Samsung Galaxy Note 3

Galaxy Note 3Melalui slot mikro-USB 3.0 ini, ia tampak sedikit panjang berbanding USB 2.0. Kelebihannya, selain daripada membolehkan pengguna memindahkan fail dari peranti ke komputer dengan pantas, ia juga membolehkan pengguna mengecas dengan pantas sekiranya dihubungkan ke port USB 3.0 di komputer. Walaupun ia menggunakan port berasaskan USB 3.0, pengguna masih boleh kekal menggunakan kabel pengecasan USB 2.0 untuknya.

Selain daripada itu, pihak Samsung juga turut sama menambah baik sokongan kamera pada peranti Galaxy Note 3 ini. Memandangkan ramai yang kini merakamkan pelbagai detik kehidupan, maka kemaskini bahagian kamera telah menjadi salah satu perkara utama pada peranti mudah-alih para pengguna.

Melalui kamera 13-megapixel yang didatangkan pada bahagian belakang peranti, ia menyertakan sokongan penstabilan imej digital, disamping dilengkapi sensor BSI. Kamera 13-megapixel yang didatangkan juga turut membolehkan pengguna merakamkan video pada kualiti 4K menggunakannya. Kebanyakkan fungsi lain, seperti rakaman HDR, Burst Shot dan juga Panorama turut disertakan pada phablet ini.

Bercakap mengenai Galaxy Note, semestinya tarikan utamanya adalah pada sokongan S-Pen. Pada Galaxy Note 3, sokongan S-Pen terus ditambah baik, dimana apabila ia ditekan pada skrin, maka sebuah panel khas hadir dengan pelbagai pilihan menu akses pantas, iaitu untuk Pen Windows, Action Memo, Scrapbooker, Screen Write dan juga S-Finder.

Pengguna juga boleh menggunakan S-Pen untuk melukis sebuah kotak pada skrin, dan ia akan membuka akses ke aplikasi dalam tetingkap berbentuk popup.

[amanz-gallery]

Samsung Galaxy Note 3, dijana menggunakan Android 4.3 dan dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz daripada Samsung. Melaluinya, beberapa fungsi tambahan disertakan, termasuk salah satunya adalah pengoptimasian penggunaan sebelah tangan untuk Galaxy Note 3. Walaupun ramai gemarkan skrin bersaiz besar, tetapi pada beberapa keadaan, mungkin ia memerlukan anda mengendalikannya menggunakan satu tangan. Melalui pilihan baru ini, pengguna hanya perlu melakukan sebuah gesture ringkas, dan ia akan mengecilkan skrin dan pengguna boleh menggunakannya menggunakan sebelah tangan.

Disamping itu, pihak Samsung juga dilihat bekerjasama dengan pihak Flipboard dalam hadir dengan sebuah sokongan dinamakan MyMagazine. Melaluinya pengguna boleh melihat pelbagai kemaskini semasa daripada laman RSS yang dilanggan mereka. Samsung juga turut menyertakan sokongan Samsung KNOX untuk tujuan sekuriti dan keselamatan yang lebih baik pada peranti Galaxy Note 3 ini.

Secara kasarnya, Galaxy Note 3 boleh dikatakan lebih baik berbanding model tahun lepas. Di Malaysia, Galaxy Note 3 versi LTE akan dijual bermula 25 September ini pada harga RM2399, dan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan turut sama akan menawarkannya melalui pakej mereka. Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd