Firefox Untuk Windows 8 Kini Melangkah Ke Saluran Aurora

Firefox Untuk Windows 8 Kini Melangkah Ke Saluran Aurora

Diterbitkan pada Sep 22, 2013 oleh .

Selepas sekian lama pihak Mozilla menguji Firefox yang dioptimasikan untuk paparan Metro (ModernUI) dalam saluran Nightly, kini nampaknya, dengan pelancaran yang disasarkan pada bulan Januari, mereka telah mengalihkan pembangunnya ke saluran Aurora.

Firefox Metro

Versi Firefox ini dioptimasikan untuk paparan Windows 8, selain mana turut mesra bagi mereka yang selesa menggunakan pelayar web berkenaan menggunakan skrin sentuh.

Menurut Mozilla, versi ini menggunakan enjin Gecko seperti pelayar web desktop yang lain, selain mana turut menyokong WebGL untuk grafik 3D, dan beberapa sokongan yang lain, termasuk H.264.

Bagi pengguna Windows 8 yang ingin membantu dalam mengujinya, anda boleh memuat-turun Firefox Aurora hari ini, dan menetapkan ia sebagai pelayar web utama, dan menggunakannya dalam antaramuka Metro (ModernUI) hari ini.

Muat-Turun Firefox Aurora


TIPS & ULASAN