Cari @ Amanz

AppleTVBeberapa hari yang lepas, pihak Apple telah mula memperkenalkan kemaskini perisian untuk Apple TV kepada versi 6.0, yang mana diintegrasikan dengan lebih baik dengan iCloud, selain membawakan beberapa fungsi baru melaluinya.

Namun, mengikut laporan awal, ia dikatakan kemaskini tersebut membawa masalah, dimana ramai pengguna melaporkan Apple TV berkenaan tidak dapat digunakan selepas ia dikemaskini.

Ia dikatakan pihak Apple telah menarik kembali kemaskini ini buat masa ini. Apakah yang menyebabkan masalah tersebut dihadapi masih tidak diketahui lagi.

Jadi, adakah anda antara yang menggunakan Apple TV? Adakah anda telah menerima kemaskini ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd