Cari @ Amanz

Dengan pengumuman BlackBerry Z30 tempoh hari, ia kelihatan pihak BlackBerry Malaysia telah mengubah harga peranti mereka sebelum ini, dimana kini BlackBerry Z10 ditetapkan pada harga saranan RM1799.

Selain daripada itu, harga untuk BlackBerry Z10 versi LTE pula dijual pada harga saranan RM1899. Perkara ini memperlihatkan potongan sehingga RM389 berbanding sebelum ini. Ketika pengenalan pada awal tahun ini, peranti ini dijual pada harga bermula RM2188.

Potongan ini juga selari dengan harga pengenalan untuk BlackBerry Z30 yang ditetapkan pada RM1998.

Buat masa ini, harga jualan baru untuk BlackBerry Q10 masih tidak diketahui. Kami telah menghubungi pihak BlackBerry untuk mengetahui akan berkenaan dengan harga baru untuk BlackBerry Q10 dan juga BlackBerry Q5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd