Cari @ Amanz

BlackBerry 10.2 Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia Untuk Input

Oleh Aman

Link Copied!

BlackBerry 10.2Dengan Malaysia kini hadir sebagai salah satu pasaran utama untuk BlackBerry, mereka turut sama kelihatan menambah sokongan bahasa Malaysia pada bahagian input melalui kemaskini BlackBerry 10.2 yang dijangka akan diperkenalkan kepada semua pada bulan hadapan.

BlackBerry 10.2 merupakan kemaskini sistem operasi Blackberry 10, dimana ia menyertakan beberapa fungsi baru melaluinya, termasuk kebolehan melihat notifikasi pada skrin kekunci, mendapat notifikasi BBM pada sebarang aplikasi, Priority Hub, dan sebagainya.

Melalui sokongan input Bahasa Malaysia ini, ia sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk membuat input lebih pantas, dan perkataan yang dicadangkan adalah dalam bahasa Malaysia, berbanding hanya sokongan Inggeris sahaja sebelum ini.

BlackBerry 10.2 didatangkan bersama-sama BlackBerry Z30, sementara BlackBerry Z10 dan juga Q10 dijangka akan menerimanya pada bulan hadapan.


Komen ()