Carian
Desktop Memfokuskan “Gaming” – Alienware Aurora Kini Di Malaysia
September 23, 2013 Aman

Setelah memperkenalkan beberapa komputer riba Alienware sebelum ini, kini Dell Malaysia turut sama memperkenalkan desktop memfokuskan kepada pengguna yang aktif bermain permainan video, dikenali sebagai Alienware Aurora.

Alienware Aurora

Alienware Aurora kini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 yang terkini, sokongan kelajuan overclock sehinga 4.3GHz melalui teknologi Turbo Boost, dan dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce 700-series atau AMD 8900-series.

Desktop terbaru ini juga turut ditawarkan dengan chasis tambahan secara berasingan, iaitu chasis ALX. Melaluinya ia dioptimasikan untuk tujuan pengurusan thermal, sesuai untuk mereka yang sering membuat overclock dan sebagainya.

Di Malaysia, pengguna yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui laman rasmi Dell, dimana versi asas hadir dengan Intel Core i7-4820K, NVIDIA GeForce GTX760 1.5GB DDR5, dan juga ruangan storan sehingga 2TB pada harga RM5799.

Alienware Aurora

Komen