LG hari ini secara rasminya memperkenalkan generasi baru untuk keluarga Vu mereka, dimana LG Vu 3 diperkenalkan dengan skrin bersaiz 5.3-inci dengan nisbah pada kadar 4:3 dan resolusi pada 1280×960 pixel.
Perkara lain yang turut disertakan adalah cip pemprosesan Snapdragon 800, kamera 13-megapixel dan juga sokongan LTE-A. Beberapa fungsi popular pada peranti LG turut disertakan, termasuk QuickView, KnockOn dan beberapa yang lain.
Harganya masih tidak diketahui lagi, dan sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau tidak masih menjadi tanda tanya.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti yang membawakan saiz skrin seumpama ini?