Cari @ Amanz

Oppo N1 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Sokongan Kamera Boleh Pusing

Oleh Aman

Link Copied!

Pihak Oppo hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, yang mana hadir dengan kamera 13-megapixel yang boleh dipusing sehingga 206-darjah.

Oppo N1

Melalui sokongan kamera lensa-N, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih jelas, sama ada sebagai kamera pada bahagian hadapan ataupun belakang. Ia turut menyertakan sokongan dwi-LED bersama-sama dengannya.

Oppo N1

Hadir dengan sokongan CyanogenMod rasmiMenurut Oppo, daripada ujian yang dilakukan mereka, N1 melepasi ujian pemusingan sebanyak 100,000, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti berkenaan sehingga 7 tahun sekiranya memusingkan ia secara purata 40 kali sehari.

Dari segi sistem operasi pula, ia dilengkapi ColorOS, dan pada masa yang sama, pihak CyanogenMod turut menyatakan sokongan rasmi untuknya.

Telefon pintar ini dijangka akan dijual bermula Oktober kelak, dan masih tiada tarikh rasmi untuk pasaran Malaysia buat masa ini.


Komen ()