Surface 2 Diperkenalkan Bersama-sama Pelbagai Perkhidmatan Percuma

Surface 2 Diperkenalkan Bersama-sama Pelbagai Perkhidmatan Percuma

Diterbitkan pada Sep 23, 2013 oleh .

Selain daripada Surface Pro 2, pihak Microsoft juga turut sama memperkenalkan tablet variasi RT mereka, dimana kini ia dikenali dengan nama, Surface 2. Seperti Surface Pro 2, ia turut sama dilengkapi dengan skrin paparan 1080p, membawakan kelajuan sehingga 4 kali lebih pantas, dan turut sama dilengkapi port USB 3.0.

Surface 2

Surface 2

Bahagian kickstand

Surface 2

Melengkapkan aplikasi pada Surface 2 adalah termasuk Skype, dimana pihak Microsoft turut sama menawarkan panggilan Skype percuma ke lebih 60 buah negara selama setahun. Pihak Microsoft juga turut sama menawarkan ruangan storan percuma di SkyDrive sehingga 200GB secara percuma untuk dua tahun melalui pembelian kedua-dua tablet ini.

Surface 2 dan juga Surface Pro 2 dijangka akan dijual selepas pelancaran Windows 8.1 kelak.


TIPS & ULASAN