Valve hari ini membuat pengumuman mengejut, apabila mereka mengumumkan sistem operasi tersendiri yang dinamakan sebagai SteamOS. Seperti beberapa sistem operasi lain, SteamOS ini berasaskan kepada Linux, dan akan ditawarkan secara percuma oleh Valve.
Direkabentuk untuk TV dan ruang tamu
Menurut Valve, ramai pembangun permainan telah sedia membangunkan dan mengoptimasikan permainan mereka untuk Linux. Valve sendiri telah menyediakan pelbagai permainan popular mereka untuk platform Linux, dan perkara ini akan memudahkan pengguna untuk memainkannya pada SteamOS kelak.
Valve mengatakan pelbagai permainan untuk Windows dan Mac boleh dimainkan pada SteamOS, dimana pengguna hanya perlu menjalankan komputer dan Steam seperti biasa, dan penstriman kandungan tersebut boleh dimainkan di televisyen melalui SteamOS.
Maklumat penuh mengenai SteamOS ini mungkin kita akan dengar dalam beberapa hari lagi. Sementara itu, mungkin mereka yang berminat boleh merujuk ke halaman rasmi SteamOS yang disediakan oleh Valve.