BlackBerry Menerima Tawaran Bernilai ~RM15.04 Bilion Daripada Fairfax Financial

BlackBerry Menerima Tawaran Bernilai ~RM15.04 Bilion Daripada Fairfax Financial

Diterbitkan pada Sep 24, 2013 oleh .

BlackBerry pada tahun ini telah melalui pelbagai fasa, dimana mereka telah menjenamakan semula syarikat daripada Research in Motion kepada BlackBerry Limited, pengenalan BlackBerry 10, dan turut sama menawarkan aplikasi BBM untuk platform lain.

Namun, mereka dilihat masih sukar untuk bersaing dengan beberapa nama lain, dan setelah proses pencarian rakan stategik dilakukan sebelum ini, hari ini pihak BlackBerry mengumumkan mereka telah menandatangani surat untuk bersetuju diambil-alih oleh salah satu konsortium yang diketuai oleh Fairfax Financial Holdings Limited.

Mengikut apa yang diumumkan, BlackBerry dinilai pada harga $4.7 bilion (~RM15.04), dimana setiap pemegang saham akan menerima wang tunai pada harga $9 (~RM28.80) sesaham.

Fairfax merupakan salah satu syarikat memfokuskan kewangan, pelaburan dan insuran – sedia memegang sebanyak 10% saham pada syarikat BlackBerry.

Walaubagaimanapun, pengambil-alihan ini masih tidak selesai sepenuhnya, dan kedua-dua pihak diberikan tempoh sehingga 6 minggu untuk menyelesaikan proses dan perjanjian untuknya. Pihak Blackberry juga turut mengatakan sekiranya mereka menerima tawaran alternatif daripada pihak lain dalam tempoh ini, maka perjanjian ini mungkin tidak diteruskan.

Fairfax mengatakan dimana transaksi ini bakal membuka bab baru untuk BlackBerry, dan pelanggan mereka, serta memudahkan lagi pelaksanaan fokus mereka kepada perusahaan seluruh dunia.


TIPS & ULASAN