BBM Untuk Android Dan iPhone Kelihatan Tidak Akan Hadir Pada Minggu Ini

BBM Untuk Android Dan iPhone Kelihatan Tidak Akan Hadir Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 24, 2013 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, pihak BlackBerry telah mula memperkenalkan BlackBerry Messenger untuk iPhone, dimana selepas beberapa jam, mereka mengumumkan penangguhan pengenalan untuk aplikasi berkenaan.

Salah satu sebab yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan oleh aplikasi BBM untuk Android yang tertiris menyebabkan masalah kepada pelayan mereka, berbeza dengan versi yang dijadualkan untuk pelancaran pada hari berkenaan yang dikatakan mengatasi perkara berkenaan.

BlackBerry Messenger iOS

Kini, pihak BlackBerry berkongsi mengatakan mereka kini sedang berusaha untuk menyesuaikan sistem mereka, dan perkara ini dijangka mungkin tidak akan selesai pada minggu ini.

Perkara ini sendiri boleh dikatakan memberikan nama yang agak tidak baik kepada syarikat yang baru sahaja menerima tawaran pengambil-alihan daripada Fairfax Financial.

Pada masa yang sama, berkemungkinan impak penerimaan pengguna akan mungkin sedikit berkurangan apabila ia diperkenalkan kelak, disebabkan perkara ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bilakah aplikasi BBM untuk Android dan iPhone akan diperkenalkan semula oleh pihak BlackBerry.


TIPS & ULASAN