Cari @ Amanz

Perkhidmatan Feedly boleh dikatakan salah satu perkhidmatan pembaca RSS yang digunakan ramai sejak daripada tamatnya perkhidmatan Google Reader. Kini, khusus untuk pengguna Windows Phone, sebuah klien khas yang dioptimasikan dengan paparan Metro diperkenalkan.

Phonly telah sedia diuji dalam bentuk beta sebelum ini, dan kini ia dilihat telah pun dilancarkan secara rasmi kepada para pengguna peranti Windows Phone 8.

phonly

Melaluinya, ia menggunakan akaun Feedly, dan membawakan paparan yang amat menarik dan sesuai untuk pembacaan pada peranti mudah-alih.

Aplikasi ini turut sama mengintegrasikan iklan pada bahagian pembacaan, namun ia tidak begitu menganggu para pengguna.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Phonly hari ini untuk peranti Windows Phone anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd