Beberapa penjual telah sedia menawarkan Huawei MediaPad 7 Youth di Malaysia, dan kini, pihak Huawei Malaysia melalui halaman Facebook mereka mengumumkan yang mana harga jualan saranan untuk tablet dengan sokongan telefoni ini adalah RM699 di Malaysia.
Dari segi spesifikasi, tablet bersaiz 7-inci ini dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, bateri berkapasiti 4100mAh, dan dijana menggunakanAndroid 4.1 Jelly Bean.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan tablet dengan sokongan telefoni ini daripada para pengedar tempatan.