Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah pun memperkenalkan Android Device Manager, membolehkan pengguna membuat beberapa kawalan asas pada peranti Android mereka. Kini, ia dilihat pihak Google turut sama mengemaskininya dengan menambah beberapa fungsi baru untuk sokongan Android Device Manager ini.

Android Device Manager

Melalui kemaskini terbaru, kini ia membolehkan pengguna untuk mengunci telefon pintar atau tablet mereka, selain pada masa yang sama memadam segala data pada peranti berkenaan.

Dengan menggunakannya, pengguna akan diminta memasukkan PIN baru, sekaligus membuatkan segala pin sedia ada tidak dapat digunakan pada peranti berkenaan. Seperti biasa, untuk menggunakannya, kedua-dua peranti perlulah dihubungkan kepada internet.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh menggunakan sokongan ini dengan mengaktifkannya pada aplikasi Google Settings, dan mula mengawal ia melalui Android Device Manager pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd